Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya:
1.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
#Semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim
“Dan
diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku
menjadi orang pertama yang meniti di atasnya.
Rasul-rasul berdoa pada
hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’
Di kanan kirinya ada
pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri
pokok Sa’dan?”
Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda
melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun
hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan
pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana
pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta
tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih
mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan
orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan
nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan
manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim
wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya.
Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
mafhumnya :
“Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali
berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam
hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan
bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih
tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada
titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab
itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan
syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai
ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan
ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan
halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat
sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu
jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Imam
Abu Tahir al-Qazwini berkata :
Setiap orang yang biasa berjalan di
titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan
sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan
berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal
selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat
Rasulullah
s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan
seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya,
beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang
di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa
yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan
mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka
jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin
untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di
atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk
membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan
menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau
reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis
tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan
dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH
membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
0 komentar:
Posting Komentar